9M4LHO One Fathom Bank Lighthouse
Lokasi
rumah api yang terletak ditengah- tengah laut amat sesuai untuk aktiviti radio
amatur kerana kurang gangguan radio frekuensi.
Aktiviti ILLW merupakan satu aktiviti radio amatur
yang dianjurkan oleh Association of
Lighthouse Keepers dan diadakan setiap hujung minggu ketiga pada bulan Ogos
setiap tahun.
Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempromosikan
rumah – rumah api dan juga aktiviti radio amatur.
Penggiat radio amatur di Malaysia mula terlibat di
dalam aktiviti ILLW sejak tahun 2008.
Pemilihan Rumah Api Permatang Sedepa ( One Fathom Bank )
Kriteria pemilihan Rumah Api Permatang Sedepa untuk
menyertai aktiviti ILLW adalah seperti berikut:
Satu
– satunya rumah api yang tidak terletak di daratan,
Mempunyai
nilai sejarah yang tersendiri
Antara
rumah api yang tertua di Malaysia
No comments:
Post a Comment