Thursday, July 11, 2013

Baju “Edisi terhad” 9M4LHO

Di Malaysia sebanyak 10 Special Callsign telah dikeluarkan untuk menjayakan program International Lighthouse Lightship Weekend 2013 ( ILLW2013 ) pada 17-18 Ogos 2013, dan banyak lagi Rumah Api di Malaysia akan terlibat, ianya mungkin akan bertambah.

1. 9M4LHC Tg Gelang, Pahang.
2. 9M4LHT Bukit Puteri, Terengganu.
3. 9M4LHN Cape Ricardo, N.Sembilan.
4. 9M4LHE Bkt Jugra, Selangor.
5. 9M4LHB Bkt Melawati, Selangor.
6. 9M4LHO One Fathom Bank, Port Kelang.
7. 9M4LHP Fort Cornwallis, Penang.
8. 9M4LHJ Bkt Segenting, Johor.
9. 9M4LHM Tg. Dato, Sarawak.
10. 9M4LHS Pulau Papan, Sabah.

Untuk menjalankan DXpedition Di Rumah Api One Fathom Bank, Port Kelang tersebut memerlukan kos yang amat tinggi, Crew 9M4LHO dengan inisiatif, akan menjual baju bagi tujuan menampung kos DXpedition tersebut. Dengan pembelian baju tersebut anda sekaligus menyokong program “ Radio Amatur” untuk Radio Amatur

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk memiliki baju “Edisi terhad” Dengan Harga RM30.00/helai tidak termasuk belanja POS.. 



JIka anda berminat sila email kepada 9M4lho@malaysiadx.com pada atau sebelum 2hb Ogos 2013

Terima Kasih
( Crew 9M4LHO )

No comments:

Post a Comment