Wednesday, July 10, 2013

9M4LHO One Fathom Bank Lighthouse

9M4LHO One Fathom Bank Lighthouse

Aktiviti ILLW merupakan satu aktiviti radio amatur yang dianjurkan oleh Association of Lighthouse Keepers dan diadakan setiap hujung minggu ketiga pada bulan Ogos setiap tahun.

Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempromosikan rumah – rumah api dan juga aktiviti radio amatur.

Penggiat radio amatur di Malaysia mula terlibat di dalam aktiviti ILLW sejak tahun 2008.


Pemilihan Rumah Api Permatang Sedepa ( One Fathom Bank )

Kriteria pemilihan Rumah Api Permatang Sedepa untuk menyertai aktiviti ILLW adalah seperti berikut:

Satu – satunya rumah api yang tidak terletak di daratan,

Mempunyai nilai sejarah yang tersendiri

 Antara rumah api yang tertua di Malaysia

 Lokasi rumah api yang terletak ditengah- tengah laut amat sesuai untuk aktiviti radio amatur kerana kurang gangguan radio frekuensi.

No comments:

Post a Comment